Rossi bersara motoGP, beralih ke WRC pula

Dengar ceritanya penunggang hebat pasukan Fiat Yamaha yng dah jadi juara dunai 8 kali nei nak bersara dah, . takmo main motoGP lagi, sbb dah takde apa nak kejar lagi .. merancang pula nak join rally dan memandu untuk FORD

yerla.. rossi nei kan gila.. apa jentera dia lom test, DTM,F1, Rally.. ape je la.. kalu dah memang suka laju-laju nei, memang nak laju jer...

tapi persolannya mcm ner motoGp lepas nei. salah satu faktor MotoGP kembali meriah lepas era mick Doohan dulu, sbb Rossi la... atau mungkin lepas nei. MotoGP akan hambar...

rasanya rossi akan tinggalkan legasi agaknya, mungkin lepas dia tak main motoGP, perlumbaaan nei tetap hebat, sebab rossi buat kita minat dah terus akan ikut kejuaraan tu.

nak bincang lagi, jom ke sini

Selanjutnya...

2009 Yamaha YZR-M1


Mungkin tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat pada model baru Yamaha YZR-M1 untuk musim 2009 ini, secara keseluruhannya jentera Yamaha ini sudah sedia bagus, pertama kalinya muncul pada ujian post-race di Valencia tahun lalu, jentera ini menjalani proses penambahbaikkan sebelum bermulanya musim 2009.

Yamaha di anugerahkan sebagai pengeluar terbaik, pelumba terbaik serta pasukan terbaik musim lalu tidak banyak mengubahsuai jentera musim lepas untuk digunakan pada musim ini, Cuma sedikit perubahan kecil dilakukan untuk menambah kecekapan fungsi aerodinamik jentera. kebanyakan pengubahsuaian yang dilakukan adalah pada kemampuan enjin yang melibatkan Valentino Rossi secara langsung.

Selain itu pemetaan pada enjin dan system pengurusan enjin juga dinaik taraf untuk membolehkan pengagihan kuasa dari enjin ke tayar belakang lebih sempurna, membolehkan pelumba mula memecut lebih awal setiap kali keluar dari selekoh.
Dan untuk memantapkan lagi cara tunggangan pelumba, berbagai setup dan pengubahsuaian harus dilakukan, terutama bagi pelumba seperti Jorge Lorenzo yang pada musim 2009 akan menggunakan tayar yang dibekalkan oleh Bridgestone berbanding Michelin pada tahun lepas.

Walaupun permulaan musim telah berlangsung, pastinya jurutera dari Yamaha akan bekerja lebih keras untuk memastikan jentera mereka berdaya saing.


Spesifikasi jentera.

ENJIN: Sejukan cecair, Crankshaft Crossplane, 4 silinder inline, 4 lejang.
KUASA: lebih 200 horsepower (147KW).
KELAJUAN MAK: mencapai 320 km/h.
KOTAK GEAR: Kotak gear jenis kaset 6 kelajuan, dengan nisbah gear alternatif disediakan.
KERANGKA: Delta box aluminium bekembar, Geometri stering, jarak roda, dan ketinggian tunggangan berbagai pengubahsuaian. Lengan ayun Aluminium.
SUSPENSI: Ohlins upside down forks di hadapan dengan penyerap hentak Ohlins dibelakang, dengan ubahsuai untuk pre-load, high-low speed compression dan rebound damping. Penyambung suspensi belakang Alternatif disediakan.
RODA: Marchesini 16.5inci depan, 16.5inci belakang, berbagai bilang saiz lebar disediakan.
TAYAR: Bridgestone, 16.5inci depan, 16.5inci belakang, disediakan dalam jenis slick, intermediate, wet dan hand-cut.
BREK: Brembo, Dua 320mm cakera carbon dengan dua 4 piston caliper di hadapan, 220mm cakera stainless steel dengan 2 piston caliper di belakang.
WEIGHT: 148kg. mengikut spesifikasi ditetapkan FIM

Selanjutnya...

MotoGP 2009 Pusingan 1-Losail Qatar


Pusingan pertama MotoGp 2009 akan dilangsungkan di litar Losail,Qatar pada 10-13 mac ini.

perlumbaan pertama yang bakal berlangsung dilitar Losail sepanjang 5.4km pastinya akan menjadi tumpuan setelah tamatnya perlumbaan musim 2008 yang lepas,

para peminat perlumbaan motosikal terulung ini akan dapat menyaksikan perlumbaan hebat bilamana setiap pasukan akan menurunkan jentera-jentera baru, lebih-lebih lagi perlumbaan ini akan berlangsung sebelah malam.dan buat pertama kalinya mereka akan menggunakan tayar yang dibekalkan oleh pembekal yang sama iaitu bridgestone.
____________________________________________________________________________________


~Keputusan Sesi ujian masa Commercialbank Grand Prix of Qatar 2009~
Stoner mengungguli sesi ujian masa, The Doctor hanya ditempat kedua



Selesai sesi ujian masa pada untuk pusingan pertama musim ini, Casey stoner bakal memberikan saingan sengit apabila berjaya mendapat pole position untuk perlumbaan kali ini, dengan kepantasan 1'55.286 saat,mana kala Valentino rossi iaitu juara musim 2008 dari pasukan Fiat yamaha hanya mampu menduduki petak kedua dengan catatan masa 0.473 saat dibelakang stoner.

Casey Stoner yang menggunakan nombor #27 sebagai nombor perlumbaan adalah juara untuk musim 2007,tampaknya akan sekali lagi memberikan saingan hebat untuk cuba menafikan kekuasaan "The Doctor" untuk musim ini. beliau sebelum ini memenangi sebuah kereta tajaan BMW dalam ujian masa rasmi di Qatar.mungkin jentera musim ini akan memberikan kita aksi-aksi hebat seperti musim 2007 dimana "the doctor" iaitu juara 8 kali diberi saingan hebat dari Casey stoner, sehingga menamatkan impian juara dunia itu terus merangkul kedudukan juara, tambahan pula pada perlumbaan musim kedua perlumbaan MotoGp dan tahun pertama bersama pasukan dari itali itu, Casey stoney dilihat sebagai pesaing yang mampu menggetarkan Rossi.

Mana kala itu Jorge Lorenzo iaitu rakan sepasukan Rossi pula berjaya merebut petak permulaan ketiga, walaupun menghadapi sedikit masalah tayar, beliau berjaya sekali lagi membuktikan dirinya bukan calang-calang pelumba, bertukar nombor perlumbaan dari #48 ke #99 pada musim ini, jorge lorenzo adalah Rookie of the years pada musim lepas, beraksi dengan cukup hebat walaupun mengalami kecederaan serius apabila terjatuh di MotoGP China, Lorenzo membuktikan dirinya pelumba sejati, mampu berlumba walaupun kecederaan dihadapi bolehlah dianggap serius.

Rakan pasukan baru casey stoner pula menghadapi ujian getir pada pusingan ini apabila terjatuh pada sesi ujian masa, nick hayden yang berlumba untuk pasukan Repsol honda pada musim depan dan berlumba untuk pasukan Ducati Marlboro Team pada musim ini hanya mampu bermula pada kedudukan ke 16

nasib malang pula menimpa pelumba pertama Repsol honda iaitu Dani Pedrosa , beliau hanya mampu bermula di kedudukan ke 14, satu pencapaian yang tidak mencerminkan kemampuan nya sebagai salah seorang pelumba yang mampu memberi saiangan sengit dalam setiap perlumbaan. berbanding Pedrosa, rakan sepasukannya iaitu Davizioso yang pertama kali berlumba untuk Pasukan Repsol honda menggantikan Nick Hayden sebelum ini berada di kedudukan ke 4, satu pencapaian yang agak hebat dalam pusingan ini.

Suzuki juga dilihat agak kompetatif pada musim ini, apabila Loris capirossi berada di kedudukan ke 5, nampaknya pasukan ini mampu memberi saingan yang hebat kali ini.

sementara itu rakan lama sepasukan Rossi , Colin edward yg menunggang untuk pasukan yang baru mendapat penajaan dari Monster iaitu Monster Yamaha Tech 3 ,iaitu factory team yamaha ini berada di kedudukan ke 6, permulaan yang agak baik dari perlumba yang dikenali sebagai Texas Tornado ini.

Dan Mika Callio yang pertama kali akan berlumba dalam kelas motoGP pada tahun ini berada dalam kedudukan 10 teratas, dengan catatan masa 1.566 beliau berada pada petak ke 10 untuk memulakan perlumbaan.

Dan satu-satunya pasukan yang menggunakan jentera kawasaki iaitu Hayate Racing Team dengan Marco melandri sebagai pelumba tunggal pasukan itu berada dalam kedudukan ke 11 senarai pemulaan.

Nampak nya saingan musim ini tampak menarik.. dan pastinya perlumbaan malam di litar Losail ini akan menyajikan persembahan hebat.ditambah dengan ketetapan bahawa hanya 1 pengeluar tayar yang akan membekalkan tayar perlumbaan, ia pasti akan menjadi amat menarik.

~senarai penuh kedudukan selepas sesi kelayakan.~

1 C. STONER AUS Ducati Marlboro Team 1'55.286
2 V. ROSSI ITA Fiat Yamaha Team + 0.473
3 J. LORENZO SPA Fiat Yamaha Team + 0.497
4 A. DOVIZIOSO ITA Repsol Honda Team + 0.691
5 L. CAPIROSSI ITA Rizla Suzuki MotoGP + 0.863
6 C. EDWARDS USA Monster Yamaha Tech 3 + 0.908
7 R. DE PUNIET FRA LCR Honda MotoGP + 1.072
8 C. VERMEULEN AUS Rizla Suzuki MotoGP + 1.207
9 A. DE ANGELIS RSM San Carlo Honda Gresini + 1.504
10 M. KALLIO FIN Pramac Racing + 1.566
11 M. MELANDRI ITA Hayate Racing Team + 1.676
12 T. ELIAS SPA San Carlo Honda Gresini + 1.939
13 J. TOSELAND GBR Monster Yamaha Tech 3 + 2.224
14 D. PEDROSA SPA Repsol Honda Team + 2.443
15 S. GIBERNAU SPA Grupo Francisco Hernando + 2.613
16 N. HAYDEN USA Ducati Marlboro Team + 2.929
17 Y. TAKAHASHI JPN Scot Racing Team MotoGP + 3.498
18 N. CANEPA ITA Pramac Racing + 3.713
_____________________________________________________________________________________

~Review perlumbaan Commercialbank Grand Prix of Qatar 2009~


Kelas 125 cc
Perlumbaan malam 4 Pusingan


Perlumbaan pembuka tirai untuk kelas 125cc di litar ini mungkin mencipta sejarah sebagai perlumbaan paling singkat pernah dilangsungkan.
perlumbaan yang berlangsung terencat apabila hujan mula turun semasa mereka memasuki pusingan ke empat, memaksa bendera merah dikibarkan oleh marshal perlumbaan,

perlumbaan yang dijangka menarik ini menjadi amat merbahaya untuk diteruskan, memandangkan perlumbaan dijalankan diwaktu malam, hujan lebat dikhuatiri akan menyebabkan banyak kemalangan, ini kerana tahap penglihatan pelumba akan menjadi amat singkat, dan cahaya dari lampu yang tepantul ke permukaan jalan yang basah hanya akan memburukkan kemampuan penglihatan pelumba.

Perlumbaan dimenangi oleh Andrea Iannone dari pasukan Ongetta Team I.S.P.A., Pelumba yang memakai nombor #29 ini memulakan saingan di petak ke3 sebelum berjaya memintas Julián Simón dari pasukan Bancaja Aspar’s untuk merangkul tempat pertama mengikut kiraan kedudukan dalam pusingan terakhir sebelum red flag. bagaimana pun Julián Simón terjatuh selepas bendera dikibarkan ,namun dikekalkan di posisi kedua pemenang perlumbaan.

Sandro Cortese dari pasukan Ajo Interwetten yang menunggang jentera derbi menduduki tempat ke3 untuk melengkapi kedudukan podium, penunggang pasukan Derbi Racing Team’s Pol Espargaró dan Bradley Smith yang menunggang untuk Bancaja Aspar’s berada di kedudukan 4 dan 5.

Namun malang menimpa Marc Márquez dari pasukan Red Bull KTM Motosport apabila mengalami kemalangan semasa berada di kedudukan kelima sejurus sebelum red flag dikibarkan.

dengan hanya perlumbaan berlangsung sepanjang 4 pusingan kerana keadaan cuaca yang mengganggu tahap penglihatan,ianya dijangka lebih menarik dengan aksi mendebarkan jika dapat dilangsungkan mengikut perancangan awal.
____________________________________________________________________________________

Kelas 250 cc
~Sedang kemaskini~
____________________________________________________________________________________

Kelas MotoGP
~Perlumbaan dibatalkan oleh kerana keadaan hujan~


Ketika para pelumba berada di garis permulaan dan menunggu perlumbaan berlangsung, hujan yang turun lebih dahulu menamatkan persaingan sebelum ia bermula.
dan perlumbaan akhirnya dibatalkan atas alasan keselamatan,
cahaya dari lampu limpah membuatkan permukaan litar silau dan tahap penglijatan kita hujan dalam perlumbaan malam akan kurang.

dan perlumbaan dibatalkan serta merta, membuat ramai penonton hampa, namun atas pertimbangan ia mungkin akan diadakan semual pada esoknya. atau mungkin juga akan kembali dilangsungkan ke Qatar pada bulan september untuk menggantikan Hungarian Grand Prix yang dijangkakan tidak akan dibuat.

mungkin dengan peristiwa ini, sesuatu harus difikirkan untuk membolehkan perrlumbaan malam dijalankan , jika jadual perlumbaan sebelah malam masih mahu dikekalkan.
____________________________________________________________________________________
Perlumbaan Semula MotoGP
~Perlumbaan bersejarah MotoGP pertama Pada Isnin~


Casey stoner dari pasukan Ducati Marlboro mendominasi petak permulaan kali ini, beliau mencatatkan masa terpantas 1’55.286 saat dalam sesi ujian masa. Sementara itu “The Doctor” hanya berada di petak ke2 lewat 0.473 saat dibelakang Casey Stoner dan rakan sepasukan “the Doctor” iaitu Jorge Lorenzo berada di petak ke3 bagi melengkapkan barisan hadapan.

Banyak kejutan sebenarnya dalam perlumbaan pembuka tirai ini, pelumba baru pasukan Paramac Racing iaitu Mika Kallio yang beralih ke kelas MotoGP pada musim ini dari kelas 250cc musim lalu berada diposisi ke 10 kotak permulaan, namun pelumba - pelumba hebat seperti Dani Pedrosa hanya bermula di petak ke 14 manakala rakan sepasukan baru Casey stoner iaitu Nickey Hayden hanya mampu bermula dari kedudukan 16, bukan sesuatu yang dikira baik kerana dua pelumba ini bolehlah dianggap antara pelumba hebat dalam setiap perlumbaan.

Bermulanya perlumbaan 22 pusingan ini, Casey Stoner yang mendapat Pole Position bermula hebat diawal perlumbaan, Penunggang yang sudah sinonim dengan jentera Ducati itu terus memecut mendahului perlumbaan, namun pelumba veteran dari pasukan Rizla Suzuki iaitu Loris Capirosi tampak lebih hebat apabila mampu mengekori Stoner walaupun bermula dari petak ke5 baris kedua posisi permulaan, satu permulaan dan amaran yang hebat dari pasukan yang dilihat agak kompetatif pada tahun ini.

Dua pelumba dari pasukan Fiat Yamaha iaitu Valentino Rossi atau “The Doctor” dan Jorge Lorenzo yang kini menggunakan nombor perlumbaan#99, masing-masing dalam kedudukan ke 3 dan ke 4 dan mereka bersaing sesama sendiri dengan cukup kemas tetapi membuat penonton perlumbaan teruja, Lorenzo yang dianugerahkan gelaran “Rookie Of The Years pada kejuaraan musim lepas, mempamerkan persembahan hebat bila berjaya memintas juara 8 kali itu, namun Rossi tampak lebih hebat kerana berjaya merebut kembali kedudukannya tidak lama selepas itu.

Pelumba muda yang pertama kali beraksi untuk pasukan Repsol Honda menggantikan Nickey Hayden iaitu Davizioso berada di kedudukan ke5 dan Vermeulen melengkapkan tempat ke 6 selesai pusingan pertama dari 22 pusingan ini.

Malang menimpa satu-satunya pelumba yang menggunakan jentera Kawasaki berlumba untuk pasukan Hayate racing tahun ini iaitu Marco Melandri yang bermula hebat pada pusingan pertama ini, beliau terbabas di selekoh pertama lap pusingan 2, selepas dapat memintas Randy De Puniet untuk berada di kedudukan ke 7, sesuatu yang hebat bagi pasukan baru, dan membuktikan beliau masih seorang pelumba yang hebat, namun Melandri berjaya meneruskan perlumbaan walaupun berada dibelakang sekali.

Persaingan diteruskan lebih hebat kali ini, pelumba pasukan Fiat Yamaha, Lorenzo dipintas oleh penunggang Repsol Honda iaitu Davizioso dan Rossi pula memintas Capirossi hampir dalam waktu yang sama. Kini kedudukan di tempat ke2 hingga ke 5 bertukar tangan. Sementara Casey stoner meninggalkan kelompok tersebut jauh dibelakang.

Masuk Lap ke 4 Vermeulen dan Colin Edward yang diberi gelaran Texas Tornado bersaing untuk merebut tempat ke 6 di ikuti oleh pelumba senior pasukan Repsol Honda iaitu Dani Pedrosa. Sementara di hadapan pula Rossi mengejar Stoner yang dilihat selesa dengan gap masa lebih kurang 2 saat lebih.

Persaingan kini lebih tertumpu kepada Davizioso dan Lorenzo dalam merebut tempat ke3, persaingan amat sengit sekali dan amat sukar untuk Lorenzo memintas Davizioso, namun masuk pusingan ke 7 akhirnya Lorenzo berjaya memintas Davizioso apabila membrek agak lewat untuk memasuki selekoh pertama litar Losail selepas bersaing pada laluan lurus sejauh 1068 meter itu.
Malang pula menimpa James Toseland dari pasukan Monster Yamaha tech3 apabila terbabas di tempat sama yang merencatkan persembahan baik Melandri diawal persaingan, dan lebih malang apabila Loris Capirossi apabila terjatuh dengan hanya 15 pusingan berbaki, melaburkan harapan veteran dari itali itu untuk mengutip mata perlumbaan pada pusingan pertama ini dan menangguhkan sekali lagi peluang kemenangan Podium ke 100 sepanjang karier MotoGP nya. Lantas memberi laluan untuk Colin Edward berada diposisi ke 5 buat masa ini.

Dan berada di posisi paling hadapan, Stoner masih mendahului perlumbaan dengan gap 1.987 antara beliau dan pencabarnya terdekatnya , “The Doctor”, ketika ini Rossi dilihat mempunyai peluang yang amat cerah untuk menidakkan kemenangan pelumba warga Australia itu. tambahan pula ketika ini Stoner dilihat sedikit keletihan setelah diasak oleh Rossi.

Pusingan ke10 perlumbaan menyaksikan nasib malang Dani Pedrosa apabila dipintas oleh Vermeulen sebelum pelanggaran kecil antara Pedrosa dan De Angelis hampir membuat Pedrosa terjatuh, namun beliau berjaya mengawal jenteranya, tetapi kini Pedrosa berada pada kedudukan ke8 diikuti pelumba rookie Mika Kallio dibelakangnya. Namun tidak lama selepas itu sekali lagi malang untuk Dani Pedrosa apabila dipintas oleh Mika Kallio yang menunggang untuk Paramac racing itu.

11 pusingan telah berakhir dan Rossi kini dilihat semakin sukar untuk memintas Stoner, jarak antara mereka kini sejauh 3.348 saat dan dibelakang persaingan sengit bermula antara Colin Edward dan Davizioso untuk merebut tempat ke4, namun 2 selekoh sebelum laluan lurus litar Losail itu, Pelumba veteran tersebut berjaya memintas Davizioso.

Adalah sesuatu yang hebat bila menyaksikan semula 3 jentera Yamaha kini berada di kedudukan 2, 3 dan 4, dengan perlumbaan berbaki 8 pusingan dan jika sesuatu menghalang Stoner menamatkan perlumbaan mungkinkah keputusan seperti tamat perlumbaan Alice Grand Prix de France di litar Le-mans tahun 2008 sekali lagi akan terjadi apabila tiga pelumba jentera Yamaha iaitu Rossi bersama rakan pasukannya Lorenzo serta bekas rakan pasukannya Colin Edward sama – sama berada di atas podium berpestakan kemenangan untuk Yamaha.

Hampir tamat perlumbaan yang disertai oleh 6 jentera Honda ,5 jentera Ducati, 4 Yamaha ,2 Suzuki dan 1 Kawasaki ini Stoner dilihat semakin berjaya menjarakkan diri lebih jauh di hadapan, Rossi kini dilihat semakin tidak mampu menandingi kepantasan jentera Itali serta ketangkasan pelumba muda yang pernah menjadi juara musim 2007 itu. Rossi dilihat lebih selesa untuk bertahan di kedudukan ke 2 untuk memungut 20mata perlumbaan, pelumba lain seperti Lorenzo dan Colin Edward juga tampak selesa untuk mengekalkan kedudukan sehingga tamat perlumbaan tanpa mengambil sebarang risiko yang mungkin menyebabkan mereka terjatuh.

Tanpa sebarang masalah akhirnya Casey Stoner dari pasukan Ducati Marlboro melintasi garis penamat setelah perlumbaan berlangsung lebih kurang 43 minit, 7.771 saat dibelakangnya Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo dari Pasukan Fiat Yamaha di tempat ke 2 dan 3 untuk melengkapi kedudukan podium,

Colin Edwards dari Monster Yamaha Tech3 di kedudukan ke4 diikuti oleh Andrea Davizioso dan Alex de Angelis yang menunggang Jentera Honda. Chris Vermeulen di tempat ke 7 dengan Jentera Suzuki bernombor # 7 diikuti rapat pelumba rookie yang menunggang dalam kelas 250cc tahun lepas iaitu Mika Kallio, Toni Elias pula di tempat ke 9 dan Randy De Puniet di kedudukan akhir dalam kelompok 10 teratas.

Nasib agak malang bagi Dani Pedrosa pada perlumbaan ini bila hanya berjaya berada di kedudukan ke 11 meninggalkan bekas rakan sepasukan musim lalu Nickey Hayden di tempat ke 12. Pelumba Veteran Sate Gibernau yang kembali berlumba dalam kelas MotoGP tahun ini untuk menunggang Jentera Ducati pasukan Grupo Francisco Hernandos dengan nombor #59 hanya mampu berada di kedudukan ke 13, Marco Melandri pula berjaya berada di tempat ke 14 selesai tamat perlumbaan setelah terbabas pada lap ke 2 diawal saingan, Sementara itu Yuki Takahashi yang membuat kemunculan sulungnya pada tahun ini berjaya mengumpul 1 mata dalam perlumbaan ini.

James Toseland dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 pula di kedudukan ke 15 dan Niccolo Canepa dari Paramac Racing pula menamatkan perlumbaan di kedudukan 17.
Loris Capirosi Yang menunggang Jentera Suzuki dengan nombor #65 yang bermula cemerlang pada awal perlumbaan tidak dapat menghabiskan perlumbaan setelah terjatuh pada pusingan ke 7.

Persaingan yang lewat lebih kurang 22 jam dari apa yang dijadualkan ini melakar sejarah bila pertama kali dalam sejarah MotoGP apabila dilangsungkan pada hari isnin, Casey Stoner pula melakar sejarah bila menjuarai perlumbaan ini, sebagai pelumba pertama yang memenangi perlumbaan MotoGP pada hari isnin, dengan persembahan menarik memberi amaran awal akan kebangkitannya.

Pasukan lain seperti Monster tech 3 Yamaha dan Rizla Suzuki juga dilihat mampu memberi saingan hebat musim ini, manakala pelumba seperti Marco Melandri pasti memberi persembahan hebat apabila diberi peluang untuk terus berlumba dalam kejohanan MotoGP, Mika Kallio juga tampak garang selaku pendatang baru dalam persaingan ini, namun Dani Pedrosa dan Nicky Hayden harus melakukan sesuatu untuk kekal menjadi pesaing hebat perlumbaan ini, bagaimana pula dengan Sate Gibernau yang kembali berlumba , adakah beliau akan kembali menjadi pesaing Rossi?

Persaingan masih terlalu awal, Lorenzo juga masih belum menunjukkan taring sebenar, walaupun dengan sedikit runggutan tidak selesa dengan compound tayar sedikit keras ini pun masih membolehkan beliau menjejakkan kaki ke podium, bagaimana nanti bila Lorenzo telah mula mendapat rentaknya?

Sama-sama kita tunggu 26 April 2009 untuk perlumbaan Polini Grand Prix of Japan di Twin Ring Motegi, Japan. Pastinya selepas perlumbaan pertama ini, setiap pasukan akan berkerja lebih keras untuk mempertingkatkan saingan.

Selanjutnya...

Losail International Circuit

Losail International Circuit adalah sebuah litar perlumbaan bertaraf antarabangsa dipinggir bandaraya Doha, iaitu di Qatar.

dengan tempoh pembinaan kurang dari satu tahun oleh 1000 orang pekerja dengan kos
$USD58million,litar ini dibuka dengan rasmi pada tahun 2004 , perlumbaan rasmi yang dilansungkan disini adalah Marlboro Grand Prix of Qatar yang dimenangi oleh Sete Gibernau. dan pada tahun 2006 Grand Prix Masters of Qatar dilangsungkan disini dan dimenangi oleh Nigel Mansell.

litar ini adalah sepanjang 5.4 km dengan lebar sebesar 12 meter, mempunyai 10 selekoh kanan dan 6 selekoh kiri, manakala laluan lurus utama pula adalah sepanjang
1,068 meter. litar ini diliputi dengan rumput tiruan untuk menghalang pasir naik ke atas litar.

pada tahun mac 2008 litar ini mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya perlumbaan malam pertama dilangsungkan disini sempena Commercialbank Grand Prix of Qatar.
projek besar-besaran pemasangan lampu ini dilakukan oleh Musco-lighting dan merupakan projek pemasangan lampu untuk vanue perlumbaan tetap terbesar setakat ini.


lagi info litar losail

Panjang: 5.380 meter
lebar: 12 meters
lalauan lurus terpanjang: 1.068 meters
jumlah selekoh: 16
selekoh kanan: 10
selekoh kiri: 6

info am litar
Pit Garages: 40 (15x6 meter)
Pejabat pasukan: 82 (6x6 meter)
Ruangan VIP: 2 ruangan berasingan seluas 900 meter persegi setiap satu.
Ruang media: 200 tempat duduk untuk wartawan.
Ruang jurugambar: 30 tempat duduk dan satu panel memuatkan 5 monitor
pusat perubatan: disediakan di kawasan paddok
restoran: disediakn di kawasan paddok





Selanjutnya...

Petronas taja pasukan Fiat Yamaha




Petronas, kini adalah sebahagian dari penaja terpenting untuk pasukan Fiat Yamaha team, ini adalah hasil kerjasama yang ditandatangani untuk tempoh 3 tahun bermula 2009 antara Syarikat carigali minyak dan gas milik Malaysia itu dan Yamaha motor co.ltd

Pasukan ini akan membawa jenama Petronas pada jentera yang digunakan oleh pelumba dari pasukan yang disegani itu, juga pada barangan dan kelengkapan lain.

Selain itu, melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak iaitu Petronas dan Yamaha motor co.ltd akan menjadi rakan kerjasama dalam semua aktiviti sukan pemotoran untuk tempoh sekurang-kurangnya 8 tahun. Ini diharap akan menaikkan lagi sukan bermotor di rantau ini,

Melalui kerjasama ini juga, Petronas akan bertanggungjwab untuk membangunkan dan mengeluarkan minyak pelincir atas jenama Yamalube sebagai minyak pelincir OEM motosikal jenama Yamaha.

Bagi Petronas langkah menaja pasukan ini dilihat sebagai strategi jangka masa panjang untuk mengukuhkan jenama mereka sebagai pengeluar minyak ternama.

Pasukan Fiat Yamaha akan pertama kali memaparkan jenama petronas pada jentera mereka di Qatar untuk pusingan pertama kejuaraan motoGp 2009

Selanjutnya...

2009 WSBK-Pusingan pertama (Philips island)

keputusan dari perlumbaan pertama 2009 WSBK yang telah berlangsung di Philpis island pada 1 mac yang lalu. keputusannya perlumbaan adalah seperti berikut.

INFO LITAR PHILIP ISLAND
Panjang :4.445 meter



~Superbike~

Sesi kelayakan 1
1-96 J.SMRZ /Guandalini Racing/ Ducati 1098R -1'32.312
2-41 N.HAGA /Ducati Xerox team/ Ducati 1098R -1'32.569
3-91 L.HASLAM /Stiggy Racing Honda/ Honda CBR1000RR -1'32.623
4-76 M.NEUKIRCHNER /Suzuki Alstare/ Suzuki GSXR1000K9 -1'32.673
5-71 Y.KAGAYAMA /Suzuki Alstare/ Suzuki GSXR1000K9 -1'32.704

Sesi Kelayakan 2
1-65 J.REA /HANNspree Ten Kate/ Honda CBR1000RR -1'32.161
2- 3 M.BIAGGI /Aprilia Racing/ Aprilia RS4 -1'32.306
3-96 J.SMRZ /Guandalini Racing/ Ducati 1098R -1'32.312
4-41 N.HAGA /Ducati Xerox team/ Ducati 1098R -1'32.397
5-11 T.CORSER /BMW Motorrad motosport/ BMW S1000RR -1'32.491


Superpole 1
1-65 J.REA /HANNspree Ten Kate/ Honda CBR1000RR -1'31.906
2-19 B.SPIES /Yamaha WSB/ Yamaha YZF R1 -1.31.929
3-41 N.HAGA /Ducati Xerox team/ Ducati 1098R -1'31.967
4- 9 R.KIYONARI /Ten Kate Honda Racing/ Honda CBR1000RR -1'32.094
5-84 M.FABRIZIO /Ducati Xerox team/ Ducati 1098R -1'32.135

superpole 2
1-55 R.LACONI /DFX Corse/ Ducati 1098RS 09 -1'31.050
2-84 M.FABRIZIO /Ducati Xerox team/ Ducati 1098R -1'32.135
3-91 L.HASLAM /Stiggy Racing Honda/ Honda CBR1000RR -1'31.342
4-65 J.REA /HANNspree Ten Kate/ Honda CBR1000RR -1'31.357
5- 3 M.BIAGGI /Aprilia Racing / Aprilia RSV4 -1'31.617

superpole 3
1-19 B.SPIES /Yamaha WSB/ Yamaha YZF R1 -1.31.069
2- 3 M.BIAGGI /Aprilia Racing / Aprilia RSV4 -1'31.402
3-65 J.REA /HANNspree Ten Kate/ Honda CBR1000RR -1'31.596
4-96 J.SMRZ /Guandalini Racing/ Ducati 1098R -1'31.600
5-84 M.FABRIZIO /Ducati Xerox team/ Ducati 1098R -1'31.837


Race 1
Jumlah pusingan - 22 pusingan
Jarak Perlumbaan - 97,790km
Masa perlumbaan - 34'22.631
Purata kelajuaan - 170,677 km/h


1-41 N.HAGA /Ducati Xerox team/ Ducati 1098R
2-76 M.NEUKIRCHNER /Suzuki Alstare/ Suzuki GSXR1000K9
3-71 Y.KAGAYAMA /Suzuki Alstare/ Suzuki GSXR1000K9
4-84 M.FABRIZIO /Ducati Xerox team/ Ducati 1098R
5-65 J.REA /HANNspree Ten Kate/ Honda CBR1000RR

Race 2
Jumlah pusingan - 22 pusingan
Jarak Perlumbaan - 97,790km
Masa perlumbaan - 34'20.457
Purata kelajuaan - 170,857 km/h


1-19 B.SPIES /Yamaha WSB/ Yamaha YZF R1
2-41 N.HAGA /Ducati Xerox team/ Ducati 1098R
3-91 L.HASLAM /Stggy Racing Honda/ Honda CBR1000RR
4-55 R.LACONI /DFX Corse/ Ducati 1098RS 09
5-84 M.FABRIZIO /Ducati Xerox team/ Ducati 1098R


~Kedudukan keseluruhan~
1-41 N.HAGA -45 mata
2-76 M.NEUKIRCHNER -30 mata
3-91 L.HASLAM -26 mata
4-19 B.SPIES -25 mata
5-71 Y.KAGAYAMA -24 mata

~Kedudukan pengeluar~
1-DUCATI -45 mata
2-YAMAHA -31 mata
3-SUZUKI -30 mata
4-HONDA -27 mata
5-BMW -13 mata
6-APRILIA -09 mata
7-KAWASAKI -09 mata



~Supersport~

Sesi kelayakan 1


Sesi Kelayakan 2



Race 1
1-54 K.SOFUOGLU /HANNspree Ten Kate/Honda CBR600RR
2- 1A.PITT /HANNspree Ten Kate/Honda CBR600RR
3-13 A.WEST /Stiggy Racing Honda/Honda CBR600RR
4-35 C.CRUTCHLOW /Yamaha World supersport/YAMAHA YZF R6
5-50 E.AVERTY /parkalgar Honda /Honda CBR600RR


Kedudukan keseluruhan


Selanjutnya...

WSBK

Musim 2009 akan disajikan dengan lebih aksi apabila pasukan BMW akan menyertai perlumbaan World Superbike ini, Aprilia pula akan membuat penampilan dengan jentera baru mereka iaitu RSV4 yang akan ditunggang oleh Max Biaggi dan Shinya Nakano yang telah tidak lagi berlumpa dalam kejuaraan motoGP, Yamaha pula kini akan berlumba dengan jentera baru iaitu Yamaha R1 yang dikuasai oleh enjin BigBang.

Haga pulu pada musim ini akan bersama pasukan Ducati mengantikan troy bayliss, dan pasukan lain pasti akan menprhebatkan lagi saingan mereka.

walaupun perlumbaan ini masih dipeingkat awal musim, namun dapat dilihat persaingan sengit dan menarik antara mereka,

kejohanan ini akan dilangsungkan seperti jadual dibawah.



01 Mac: Australia (Phillip Island) - SBK SSP
14 Mac: Qatar (Doha/Losail) - SBK SSP *
05 April: Spain (Valencia) - SBK SSP STK
26 April: Netherlands (Assen) - SBK SSP STK
10 May: Italy (Monza) - SBK SSP STK **
17 May: South Africa (Kyalami) - SBK SSP
31 May : United States (Salt Lake City) - SBK SSP
21 Jun: San Marino (Misano) - SBK SSP STK
28 Jun: Great-Britain (Donington Park) - SBK SSP STK
26 Julai: Czech Republic (Brno) - SBK SSP STK
06 Sept: Germany (Nürburgring) - SBK SSP STK
27 Sept: Italy (tba) - SBK SSP
04 Oct: France (Magny-Cours) - SBK SSP STK
25 Oct: Portugal (Portimão) - SBK SSP STK

* : Perlumbaan pada hari Sabtu
** : Terakluk kepada perubahan
tba : Akan diberitahu kemudian

Selanjutnya...

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Link Exchange

Followers

 

MotoSport Copyright 2009 ~ Blog Powered by Iblogger Studio - File Hosting by Ziddu.com - Forum Provider by Freeforums.org